LAWATAN

PUTRAJAYA

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

previous arrow
next arrow
Slider

CYBERJAYA

Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Upacara perasmian telah diadakan pada Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya dan merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir.

previous arrow
next arrow
Slider

NILAI 3

Nilai 3 merupakan pusat membeli-belah yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Pelbagai barangan dijual di sini.

previous arrow
next arrow
Slider

NASYRUL QURAN, PRECINT 14

Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 merupakan sebuah pusat per­cetakan mushaf al-Quran bertaraf antarabangsa. Kompleks itu dikenali sebagai pusat percetakan al-Quran bersepadu utama di rantau Asia Tenggara serta pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Secara umumnya kompleks itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 2.09 hektar di Presint 14 dengan kos bangunan, mesin cetak dan mesin jilid sebanyak RM60 juta. ‘Nasyrul Quran’ yang menjadi nama rasmi kepada kompleks itu diambil daripada bahasa Arab bermaksud penyebaran al-Quran.

previous arrow
next arrow
Slider