Cetak
PDF

Latar Belakang


Berdasarkan sejarah, kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya melakukan transformasi akidah dan kepercayaan masyarakat Arab serta mengangkat maruah bangsa itu dan menginspirasikan kepada mereka bukan sahaja kecemerlangan di akhirat malah kecemerlangan di dunia. Kemajuan umat Islam terutamanya di abad 4-8 hijrah dalam pelbagai bidang ilmu adalah bukti kepada kenyataan tersebut. Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bersumberkan wahyu Ilahi memacu kecemerlangan tamadun dan ummat Islam dalam segenap aspek kahidupan. Atas kesedaran ini, persidangan ini cuba menghimpunkan kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan al-Quran dan wahyu sebagai asas pembinaan dan kecemerlangan tamadun bangsa untuk dijadikan panduan dalam meningkatkan kesedaran umat Islam khususnya dan manusia sejagat amnya.

Maka persidangan ini bertujuan menghimpunkan para cendekiawan untuk membincangkan isu berkaitan Wasatiah al-Quran Dalam Mendepani Cabaran Kontemporari dan fungsinya sebagai asas tamadun umat seluruhnya. Diharapkan dengan berlangsungnya seminar ini, idea-idea yang bernas serta penemuan-penemuan yang bermanfaat dapat dijana dan dibincangkan demi menzahirkan kehebatan al-Quran sebagai sumber dan asas kecemerlangan tamadun Islam.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday59
mod_vvisit_counterYesterday56
mod_vvisit_counterThis week115
mod_vvisit_counterLast week554
mod_vvisit_counterThis month1243
mod_vvisit_counterLast month2422
mod_vvisit_counterAll days92491