Cetak
PDF

About FPQS

Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) merupakan sebuah fakulti yang pertama ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2001. Di antara tujuan penubuhannya ialah untuk memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan negara dengan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya, di  samping untuk mengembangkan lagi Syiar Islam dengan  membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan dan hikmah yang terkandung di dalam kitab suci Quran dan Sunnah kepada masyarakat dan negara.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, FPQS telah menubuhkan 3 program pengajian:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Dengan Kepujian (SMPQS)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan Kepujian (SMPQM)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian (SMPSM)

Selain program-program prasiswazah, FPQS turut memberikan tumpuan kepada pengajian peringkat siswazah. Setakat ini, satu program sarjana dan satu program doktor falsafah telah ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah dan Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah.

Adalah diharapkan fakulti ini dapat menjadi satu lagi wadah untuk menghasilkan graduan-graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah serta dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan umat dan negara.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday56
mod_vvisit_counterYesterday31
mod_vvisit_counterThis week228
mod_vvisit_counterLast week441
mod_vvisit_counterThis month948
mod_vvisit_counterLast month1814
mod_vvisit_counterAll days87877